Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
علامةُ حبِّ اللهِ حبُّ ذِكرهِ، وعلامةُ بغضِ اللهِ بغضُ ذكرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tanda cinta kepada Allah SWT adalah mencintai menyebut namaNya. Dan tanda benci kepada Allah SWT adalah membenci menyebut namaNya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 71, hadis no. 334. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Anas RA secara marfū‘: “Tanda cinta kepada Allah SWT adalah mencintai menyebut namaNya. Dan tanda benci kepada Allah SWT adalah membenci menyebut namaNya.” [Riwayat al-Khatlī ibn al-Junayd dalam Maḥabbatullah Ta‘ālā, Abū Muḥammad ibn Abū Shurayḥ al-Anṣārī dalam al-Aḥādith al-Mi’ah, Abū Bakr al-Jabbāzī dalam al-Amālī, Abū Bakr al-Kalābādhī dalam Miftāḥ Ma‘ānī al-Āthār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3871).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman