TEKS BAHASA ARAB
عنوان صحيفة المؤمن حب علي بن أبي طالب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tanda buku amalan itu milik orang mukmin ialah kecintaan kepada ‘Ali bin Abi Talib.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1787, hadis nombor 9000. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن أنس بن مالك – رضي | الله عنه – ، قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «عنوان صحيفة المؤمن حب علي بن أبي طالب»، [خط، ابن عساكر، «الضعيفة [(789)].
(Batil) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tanda buku amalan itu milik orang mukmin ialah kecintaan kepada ‘Ali bin Abi Talib.” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no 789]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.