Tanda bagi para malaikat ketika peperangan Badar adalah serban berwarna hitam

TEKS BAHASA ARAB

كانت سيما الملائكة يوم بدر عمائم سود ويوم أحد عمائم حمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tanda bagi para malaikat ketika peperangan Badar adalah serban hitam, manakala ketika peperangan Uhud adalah serban merah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1000, hadis nombor 5157. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله ﷺ في قوله تعالى : (مُسَوِّمِينَ) قال: معلمين وكانت سيما الملائكة يوم بدر عمائم سود ويوم أحد عمائم حمر. [طب، الضعيفة (4088)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Bahawa Rasullah SAW bersabda berkenaan firman Allah: مُسَوِّمِينَ (yang bertanda masing-masing). Baginda bersabda: Iaitu bertanda. Tanda bagi para malaikat ketika peperangan Badar adalah serban hitam, manakala ketika peperangan Uhud adalah serban merah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 4088].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs