Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانت سيما الملائكة يوم بدر عمائم سود ويوم أحد عمائم حمر.
Teks Bahasa Melayu
Tanda bagi para malaikat ketika peperangan Badar adalah serban hitam, manakala ketika peperangan Uhud adalah serban merah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1000, hadis no. 5157. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله ﷺ في قوله تعالى : (مُسَوِّمِينَ) قال: معلمين وكانت سيما الملائكة يوم بدر عمائم سود ويوم أحد عمائم حمر. [طب، الضعيفة (4088)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Bahawa Rasullah SAW bersabda berkenaan firman Allah: مُسَوِّمِينَ (yang bertanda masing-masing). Baginda bersabda: Iaitu bertanda. Tanda bagi para malaikat ketika peperangan Badar adalah serban hitam, manakala ketika peperangan Uhud adalah serban merah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 4088].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman