TEKS BAHASA ARAB
طينة المعتق من طينة المعتق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tanah (diciptakan) orang yang dibebaskan (hamba) adalah daripada tanah orang yang membebaskan (tuan hamba).
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 52, hadis nombor 281. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Ahmad bin Ibrahim al-Bazuri, al-Zahabi berkata: Beliau membawakan hadith batil. Kemudian beliau menyebutkan hadith ini daripada kata-kata Ibn ‘Abbas secara mawquf (disandarkan kepada sahabat).
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.