Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Tanah (diciptakan) orang yang dibebaskan (hamba)

Teks Bahasa Arab

طِينَةُ المُعْتَقَ مِنْ طِينَةِ المُعْتِق.

Teks Bahasa Melayu

Tanah (diciptakan) orang yang dibebaskan (hamba) adalah daripada tanah orang yang membebaskan (tuan hamba).

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 52, hadis no. 281. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Ahmad bin Ibrahim al-Bazuri, al-Zahabi berkata: Beliau membawakan hadith batil. Kemudian beliau menyebutkan hadith ini daripada kata-kata Ibn 'Abbas secara mawquf (disandarkan kepada sahabat).

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.