Tanah di syurga berwarna putih dan halamannya daripada batu-batu kapur barus

TEKS BAHASA ARAB

أرض الجنة بيضاء، عرصتها صخور الكافور، وقد أحاط بها المسك كثبان الرمل، فيها أنهار مضطردة، فيجتمع فيها أهل الجنة أدناهم وآخرهم فيتعارفون، فيبعث الله ريح الرحمة فتهيج عليهم ريح ذلك المسك، فيرجع الرجل إلى زوجته؛ وقد ازداد طيباً وحسناً، فتقول له: قد خرجت من عندي وأنا بك معجبة، وأنا بك الآن أشد عجباً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tanah di syurga adalah putih, halamannya adalah daripada batu-batu kapur barus, ia juga dikelilingi dengan kasturi seperti bukit-bukit pasir. Padanya terdapat sungai-sungai lalu berkumpullah ahli syurga kesemuanya dari awal hingga akhir lalu mereka saling berkenalan. Kemudian Allah mengutuskan angin rahmat lalu dibawa bersama bau kasturi itu kepada mereka. Lalu seorang lelaki kembali kepada isterinya dalam keadaan dia bertambah baik dan kacak. Lalu isterinya berkata: Engkau telah keluar daripadaku dalam keadaan aku terpesona denganmu, namun kini aku lebih terpesona lagi denganmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 712, hadis nombor 3642. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا أو موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: أرض الجنة بيضاء، عرصتها صخور الكافور، وقد أحاط بها المسك كثبان الرمل، فيها أنهار مضطردة، فيجتمع فيها أهل الجنة أدناهم وآخرهم فيتعارفون، فيبعث الله ريح الرحمة فتهيج عليهم ريح ذلك المسك، فيرجع الرجل إلى زوجته؛ وقد ازداد طيباً وحسناً، فتقول له: قد خرجت من عندي وأنا بك معجبة، وأنا بك الآن أشد عجبا.
[ابن أبي الدنيا في ((صفة الجنة))، ((الضعيفة)) (6902)].

(Sangat lemah atau Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tanah di syurga adalah putih, halamannya adalah daripada batu-batu kapur barus, ia juga dikelilingi dengan kasturi seperti bukit-bukit pasir. Padanya terdapat sungai-sungai lalu berkumpullah ahli syurga kesemuanya dari awal hingga akhir lalu mereka saling berkenalan. Kemudian Allah mengutuskan angin rahmat lalu dibawa bersama bau kasturi itu kepada mereka. Lalu seorang lelaki kembali kepada isterinya dalam keadaan dia bertambah baik dan kacak. Lalu isterinya berkata: Engkau telah keluar daripadaku dalam keadaan aku terpesona denganmu, namun kini aku lebih terpesona lagi denganmu.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Sifat al-Jannah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6902].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs