Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أرضُ الجنةِ بيضاءُ، عُرصتُهَا صخورُ الكافورِ، وقد أحاطَ بها المِسْكُ كُثْبَانِ الرَّملِ، فيها أنهارٌ مضطردةٌ، فيجتمعُ فيها أهلُ الجنةِ أدناهم وآخرُهم فيتعارفونَ، فيبعثُ اللهُ ريحَ الرحمةِ فتهيجُ عليهم ريحُ ذلكَ المِسْكِ، فيرجعُ الرجلُ إلى زوجتِهِ؛ وقد ازدادَ طِيبًا وحُسنًا، فتقولُ لهُ: قد خرجتَ من عندي وأنا بكَ معجبةٌ، وأنا بكَ الآنَ أشدُّ عُجْبًا.
Teks Bahasa Melayu
Tanah di syurga adalah putih, halamannya adalah daripada batu-batu kapur barus, ia juga dikelilingi dengan kasturi seperti bukit-bukit pasir. Padanya terdapat sungai-sungai lalu berkumpullah ahli syurga kesemuanya dari awal hingga akhir lalu mereka saling berkenalan. Kemudian Allah mengutuskan angin rahmat lalu dibawa bersama bau kasturi itu kepada mereka. Lalu seorang lelaki kembali kepada isterinya dalam keadaan dia bertambah baik dan kacak. Lalu isterinya berkata: Engkau telah keluar daripadaku dalam keadaan aku terpesona denganmu, namun kini aku lebih terpesona lagi denganmu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 712, hadis no. 3642. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا أو موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: أرض الجنة بيضاء، عرصتها صخور الكافور، وقد أحاط بها المسك كثبان الرمل، فيها أنهار مضطردة، فيجتمع فيها أهل الجنة أدناهم وآخرهم فيتعارفون، فيبعث الله ريح الرحمة فتهيج عليهم ريح ذلك المسك، فيرجع الرجل إلى زوجته؛ وقد ازداد طيباً وحسناً، فتقول له: قد خرجت من عندي وأنا بك معجبة، وأنا بك الآن أشد عجبا. [ابن أبي الدنيا في ((صفة الجنة))، ((الضعيفة)) (6902)].
(Sangat lemah atau Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tanah di syurga adalah putih, halamannya adalah daripada batu-batu kapur barus, ia juga dikelilingi dengan kasturi seperti bukit-bukit pasir. Padanya terdapat sungai-sungai lalu berkumpullah ahli syurga kesemuanya dari awal hingga akhir lalu mereka saling berkenalan. Kemudian Allah mengutuskan angin rahmat lalu dibawa bersama bau kasturi itu kepada mereka. Lalu seorang lelaki kembali kepada isterinya dalam keadaan dia bertambah baik dan kacak. Lalu isterinya berkata: Engkau telah keluar daripadaku dalam keadaan aku terpesona denganmu, namun kini aku lebih terpesona lagi denganmu. [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Sifat al-Jannah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6902].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman