Tidak sahih

30/06/2024

minit bacaan



Tanah adalah musim bunga

Teks Bahasa Arab

التُّرابُ رَبيعُ الصِّبْيانِ.

Teks Bahasa Melayu

Tanah adalah musim bunga bagi kanak-kanak.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Umar RA

Status

Tidak sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 29, hadis no. 135. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Kalam ini telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir daripada al-Hasan melalui kata-kata beliau. Jika sahih daripada al-Hasan, maka itulah asalnya. Para perawi pendusta telah mengambil hadith tersebut lalu meriwayatkannya secara marfu', ia pada halaman 111 daripada juzuk pertama kitab al-Tarikh al-Kabir, lihatlah sanadnya. Peliknya, al-Khatib menyebutkan setelah mengeluarkan hadith tersebut: "Tidak sahih", pun begitu, penulis (al-Suyuti) tetap memasukkannya sekalipun penuntut ilmu hadith yang kecil pun tahu bahawa hadith ini bukanlah sebahagian daripada hadith-hadith Malik.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.