Tambahan perkataan “dan darjat yang tinggi” dalam doa selepas azan

TEKS BAHASA ARAB

الدرجة الرفيعة، فيما يقال بعد الأذان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tambahan perkataan “dan darjat yang tinggi” dalam doa selepas azan.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 100, hadis nombor 132. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لم أره في شيء من الروايات.

Al-Sakhawi berkata: Aku tidak menjumpainya dalam mana-mana riwayat.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.