TEKS BAHASA ARAB
طلحة والزبير جاراي في الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Talhah dan al-Zubair ialah jiranku di syurga.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1812, hadis nombor 9134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعاً: طلحة والزبير جارايَ في الجنة. [ت، الدولابي، ك، عبدالله بن أحمد في ((السنة))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2311)]
(Lemah) Daripada Ali bin Abi Talib RA berkata, Nabi SAW bersabda: Talhah dan al-Zubair ialah jiranku di syurga. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, al-Dulabi, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abdullah bin Ahmad dalam al-Sunnah, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2311]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.