Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طَلحَةُ والزُّبَيْرُ جارايَ في الجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Talhah dan al-Zubair ialah jiranku di syurga.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1812, hadis no. 9134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعاً: طلحة والزبير جارايَ في الجنة. [ت، الدولابي، ك، عبدالله بن أحمد في ((السنة))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2311)]
(Lemah) Daripada Ali bin Abi Talib RA berkata, Nabi SAW bersabda: Talhah dan al-Zubair ialah jiranku di syurga. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, al-Dulabi, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abdullah bin Ahmad dalam al-Sunnah, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2311]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman