Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
افْتَخَرَ طَلْحَةُ بْنَ شَيْبَةَ - مِنْ بَنِي عَبْدِ الدَّارِ - وَعَبَّاسُ بْنُ عَبْدِ المُطَّلِبِ وَعَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ. فَقَالَ طَلْحَةُ: أَنَا صَاحِبُ البَيْتِ مَعِي مِفْتَاحُهُ، لَوْ أَشَاءُ بِتُّ فِيْهِ. وَقَالَ عَبَّاسٌ: أَنَا صَاحِبُ السِّقَايَةِ وَالقَائِمُ عَلَيْهَا، لَوْ أَشَاءُ بِتُّ فِي المَسْجِدِ. وَقَالَ عَلِيٌّ: مَا أَدْرِي مَا تَقُولَانِ! لَقَدْ صَلَّيْتُ إِلَى القِبْلَةِ سِتَّةَ أشهرٍ قَبْلَ النَّاسِ، وَأَنَا صَاحِبُ الجَهَادِ! فَأَنْزَلَ اللهُ: أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Talhah bin Syaibah (daripada Kaum ‘Abd al-Daar), Abbas bin Abdul Mutalib dan Ali bin Abu Talib telah berbangga. Talhah berkata: Aku ialah pemilik kunci al-Bait (Kaabah) bersamaku kuncinya, jika aku mahu aku boleh tidur di dalamnya. Abbas berkata: Aku ialah pemilik khidmat memberi minum (di Mekah) dan penjaganya, jika aku mahu aku boleh tidur di masjid (Masjidil Haram). Ali pula berkata: Aku tidak tahu apa yang mereka kata. Aku telah solat ke arah kiblat selama 6 bulan sebelum manusia yang lain. Dan aku ialah pemilik jihad! Maka Allah turunkan ayat: "Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1858, hadis no. 9379. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن محمد بن كعب القرظي قال: افتخر طلحة بن شيبة من بني عبد الدار، وعباس بن عبد المطلب، وعلي بن أبي طالب، فقال طلحة، أنا صاحب البيت، معي مفتاحه، لو أشاء بِتُّ فيه! وقال عباس: أنا صاحب السقاية والقائم عليها، ولو أشاء بِتُّ في المسجد! وقال علي: ما أدري ما تقولان، لقد صليت إلى القبلة ستة أشهر قبل الناس، وأنا صاحب الجهاد! فأنـزل الله: [أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِندَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ])) [ابن جرير، ((الضعيفة)) (٤٩٢٦)]
(Lemah) Daripada Muhammad bin Ka'ab al-Qurazi berkata: Talhah bin Syaibah (daripada Kaum ‘Abd al-Daar), Abbas bin Abdul Mutalib dan Ali bin Abu Talib telah berbangga. Talhah berkata: Aku ialah pemilik kunci al-Bait (Kaabah) bersamaku kuncinya, jika aku mahu aku boleh tidur di dalamnya. Abbas berkata: Aku ialah pemilik khidmat memberi minum (di Mekah) dan penjaganya, jika aku mahu aku boleh tidur di masjid (Masjidil Haram). Ali pula berkata: Aku tidak tahu apa yang mereka kata. Aku telah solat ke arah kiblat selama 6 bulan sebelum manusia yang lain. Dan aku ialah pemilik jihad! Maka Allah turunkan ayat: "Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim." [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4926]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman