TEKS BAHASA ARAB
حديث: الطلاق يمين الفساق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Talak adalah sumpahan orang-orang fasiq.
STATUS
Tidak ditemui secara marfu’
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 115, hadis nombor 319. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وقع في عدة من كتب المالكية، قال السخاوي: لم أقف عليه مرفوعا.
Terdapat dalam beberapa kitab bermazhab Malik. Al-Sakhawi berkata: Aku tidak menemui hadith ini secara marfu’.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.