Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الطَّلاقُ يَمِينُ الْفُسَّاقِ.
Teks Bahasa Melayu
Talak adalah cara sumpah orang-orang fasiq.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 54, hadis no. 215. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وقع في عدة من كتب المالكية، جازمين بعزوه إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ بلفظ: ((لا تحلفوا بالطلاق، ولا بالعتاق؛ فإنهما من أيمان الفساق)). ونازع السخاوي في وروده، فضلا عن ثبوته. قال: ولم أقف عليه، وأظنه مدرج. فأوله وارد دونه. قال الجد: أخرج ابن عساكر عن أنس، حديث: ((ماحلف بالطلاق مؤمن، وما استحلف به إلا منافق)).
Terdapat dalam beberapa kitab mazhab Malik yang secara pasti menyandarkannya kepada Nabi SAW dengan lafaz: "Janganlah kamu bersumpah dengan talak dan juga jangan dengan memerdekakan hamba kerana sesungguhnya keduanya itu termasuk sumpah-sumpah orang-orang fasiq". Al-Sakhawi membangkang kemasukan hadith tersebut, lebih-lebih lagi tentang thabitnya hadith tersebut, katanya: "Saya tidak menemuinya, saya mengira ianya mudraj, bahagian awal hadith itu warid tanpanya". Al-Jadd berkata: "Ibn 'Asakir telah mengeluarkannya daripada Anas, hadith: "Seseorang mukmin tidak akan bersumpah dengan talak dan tidaklah bersumpah dengannya kecuali orang munafiq".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman