Takwalah kamu kepada Allah berkenaan solat

TEKS BAHASA ARAB

اتقوا الله في الصلاة، اتقوا الله في الصلاة، ( ثلاثا )، اتقوا الله فيما ملكت أيمانكم، اتقوا الله في الضعيفين: المرأة الأرملة والصبي اليتيم، اتقوا الله في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Takwalah kamu kepada Allah berkenaan solat, takwalah kamu kepada Allah berkenaan solat (baginda menyebutnya sebanyak tiga kali). Bertakwalah kamu kepada Allah terhadap hamba-hamba kamu, bertakwalah kamu kepada Allah terhadap dua golongan yang lemah, iaitu wanita janda dan anak-anak yatim. Bertakwalah kamu kepada Allah berkenaan solat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 271, hadis nombor 1407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- قال: كنا عند رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حيث حضرته الوفاة، قال: فقال لنا: (‌اتقوا ‌الله ‌في ‌الصلاة، ‌اتقوا ‌الله ‌في ‌الصلاة، (ثلاثا) ، اتقوا الله فيما ملكت أيمانكم، اتقوا الله في الضعيفين: المرأة الأرملة والصبي اليتيم، ‌اتقوا ‌الله ‌في ‌الصلاة)). فجعل يرددها وهو يقول: "الصلاة"، وهو يغرغر حتى فاضت نفسه.
[هب، ((الضعيفة)) (‌‌3216)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA beliau berkata: Kami berada di sisi Rasulullah S.A.W ketika baginda hampir wafat. Lalu baginda berkata kepada kami: Takwalah kamu kepada Allah berkenaan solat, takwalah kamu kepada Allah berkenaan solat (baginda menyebutnya sebanyak tiga kali). Bertakwalah kamu kepada Allah terhadap hamba-hamba kamu, bertakwalah kamu kepada Allah terhadap dua golongan yang lemah, iaitu wanita janda dan anak-anak yatim. Bertakwalah kamu kepada Allah berkenaan solat. Baginda berterusan mengulang-ulangnya, dan baginda berkata : Solat; dalam keadaan baginda nazak sehinggalah hilangnya nafas baginda (wafat).
[Riwayat Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3216]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs