Takutlah kepada kesejukan kerana ia telah membunuh saudara kamu Abu al-Darda’

TEKS BAHASA ARAB

اتقوا البرد فإنه قتل أخاكم أبا الدرداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Takutlah kepada kesejukan kerana ia telah membunuh saudara kamu Abu al-Darda’.

STATUS

Tidak diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 46, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أعرفه.

Al-Sakhawi berkata: Aku tidak mengetahuinya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.