Takutlah kepada Allah, dirikanlah solat, tunaikan zakat, tunaikan haji, lakukan umrah

TEKS BAHASA ARAB

اتق الله، وأقم الصلاة، وآت الزكاة، وحج البيت، واعتمر، وبر والديك، وصل رحمك، وأقر الضيف، وأمر بالمعروف، وانه عن المنكر، وزل مع الحق حيثما زال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Takutlah kepada Allah, dirikanlah solat, tunaikan zakat, tunaikan haji, lakukan umrah, berbuat baik kepada kedua ibu bapamu, sambungkan silaturahim, memuliakan tetamu, suruhlah perkara ma’ruf, cegah dari yang munkar, dan tetaplah teguh bersama dengan kebenaran di mana sahaja ia berada.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 875, hadis nombor 4484. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن سليمان بن مسمول المخزومي: حدثنا القاسم بن المخول البهزي ثم السلمي، قال سمعت أبي يحدث – وكان أدرك الجاهلية والإسلام- قال: نصبت حبائل لي بالأبواء، فوقع في حبل منها ظبي، فانقلب الحبل، فخرجنا في أثره أقفوه، فوجدت رجلا قد أخذه، فتنازعنا إلى النبي -صلى الله عليه وسلم-، فوجدناه نازلا بأبواء تحت شجرة قد استظل بنطع، فقضى به بيننا شطرين، فقلت: يا رسول الله! هذه حبائلي في رجله، قال: “هو ذاك”. قلت: يا رسول الله! إنا نكون على الماء فترد علينا الإبل وهي عطاش فنسقيها من الماء، هل لنا في ذلك من أجر؟ قال: “نعم، في كل ذات كبد حرى أجر”. قلت: يا رسول الله! الإبل الطوال تلقانا وهي مصراة ونحن جياع؟ قال: “قل: يا صاحب الإبل! يا صاحب الإبل! ثلاثا “فإن جاء وإلا فحل صرارها فاحلب واشرب وأعد صرارها وبق للبن دواعيه”، ثم أنشأ يحدثنا – صلى الله عليه وسلم – يقول: يأتي على الناس زمان يكون خير المال فيه غنم بين المسجدين – يعني مسجد المدينة ومسجد مكة – تأكل الشجر وترد المياه، يأكل صاحبها من رسلها، ويلبس من أصوافها – أو قال من أشعارها – والفتن ترتكس بين جراثيم العرب، والدماء تسفك”، يقولها رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ثلاثا. قلت: يا رسول الله أوصني! قال: ((اتق الله، وأقم الصلاة، وآت الزكاة، وحج البيت، واعتمر، وبر والديك، وصل رحمك، وأقر الضيف، وأمر بالمعروف، وانه عن المنكر، وزل مع الحق حيثما زال)). [تخ،ع، حب، طب، ((الضعيفة)) (3201)].


(Lemah)
Daripada Muhammad bin Sulaiman bin Masmul al-Makhzumi: Telah menceritakan kepada kami al-Qasim Ibn al-Mukhawwal al-Bahzi kemudian daripada al-Sulami, beliau berkata: Aku mendengar ayahku berkata-yang mana beliau sempat dengan zaman al-Jahiliyyah dan Islam-beliau berkata: Aku meletakkan tali milikku (jaring perangkap) di al-Abwa’, lalu ada tali yang terkena kijang, maka tali itu terbalik (kesan ada yang telah mengambil kijang tersebut), lalu kami keluar untuk mencari kesannya, lalu aku menjumpai seorang lelaki telah mengambilnya, lalu kami berselisih dan membawa hal itu kepada Nabi SAW, kami mendapati baginda berteduh di Abwa’ di bawah pokok, kemudian baginda duduk dengan hamparan, lalu baginda membuat keputusan ia milik kami berdua (berkongsi). Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah! Ini adalah tali-taliku di kakinya (yakni kaki kijang). Baginda bersabda: “Ya betul begitu.” Aku berkata: Wahai Rasulullah! Kami berada dekat sumber air lalu datang kepada kami unta yang dahaga lalu kami berikan ia air. Adakah kami mendapat pahala darinya? Baginda bersabda: Ya, (sedekah) kepada setiap yang mempunyai hati (yakni makhluk yang hidup) itu ada pahala.” Aku berkata: Wahai Rasulullah! Unta yang berleher panjang mendatangi kami dalam keadaan ia mempunyai susu yang banyak (dan sudah sampai masa diperah) dan kami lapar? Baginda bersabda: “Serulah: Wahai pemilik unta! Wahai pemilik unta! 3 kali. “Jika dia datang (maka minta darinya), jika dia tidak datang maka perahlah susunya dan minum dan ulangi perahannya dan tinggalkan untuk susu itu penyebabnya.” Kemudian baginda SAW bersabda kepada kami: “Akan datang kepada manusia suatu zaman yang mana sebaik-baik harta ketika itu adalah segerombolan kambing yang berada di antara 2 masjid iaitu masjid Madinah dan masjid Mekah, ia memakan tumbuhan dan meminum air, tuannya memakan hasil susunya, dan memakai dari bulunya – atau baginda berkata ‘dari bulu rambutnya’, dan fitnah ketika itu berlegar di antara habuk-habuk kotoran di tanah Arab ( fitnah yang berlaku terlalu dahsyat dan banyak), dan darah ditumpahkan.” Rasulullah SAW mengulanginya 3 kali. Aku berkata: Wahai Rasulullah berikanlah wasiat kepadaku! Baginda bersabda: “Takutlah kepada Allah, dirikanlah solat, tunaikan zakat, tunaikan haji, lakukan umrah, berbuat baik kepada kedua ibu bapamu, sambungkan silaturahim, memuliakan tetamu, suruhlah perkara ma’ruf, cegah dari yang munkar, dan tetaplah teguh bersama dengan kebenaran di mana sahaja ia berada.”
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3201].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.