Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اتقوا مَحَاشَّ النساءِ.
Teks Bahasa Melayu
Takutlah kamu akan perhiasan dan perabot kaum wanita.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 776, hadis no. 3972. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((اتقوا محاش النساء)). [فر، ((الضعيفة)) 1995)].
(Sangat Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Takutlah kamu akan perhiasan dan perabot kaum wanita. [Al-Dailami dalam al-Firdaus, Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1995].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman