Takutlah dengan firasat orang Mukmin

TEKS BAHASA ARAB

اتقوا فراسة المؤمن، فإنه ينظر بنور الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Takutlah dengan firasat orang Mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1799, hadis nombor 9067. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) اتّقوا فراسة المؤمن، فإنه ينظر بنور الله. روي من حديث أبي سعيد الخدري، وأبي أمامة الباهلي، وأبي هريرة، وعبدالله بن عمر، وثوبان -رضي الله عنهم- .

[الحسن بن عرفة في (جزئه)، حل، السلمي في (طبقات الصوفية)، ابن الجوزي في (صفة الصفوة)، تخ، عق، ت، ابن جرير، أبو الشيخ في (الأمثال)، الماليني في (الأربعين الصوفية)،، حل، ابن عساكر، عد، خط، ابن عبدالبر في (الجامع)، ((الضعيفة)) (1821)]

(Lemah) Takutlah dengan firasat orang Mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah. Diriwayatkan dari hadis Abu Sa’id al-Khudri, Abu Umamah al-Bahili, Abu Hurairah, Abdullah bin Umar dan Thauban RA.

[Riwayat al-Hasan bin Urfah, Abu Nu’aim dalam Hilyah Al-Auliya’, al-Sulami dalam Tobaqat al-Sufiyyah, Ibn al-Jauzi dalam Sifat al-Sofwah, al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-‘Uqaili dalam al-Du’afa’ al-Kabir, al-Tirmizi, Ibn Jarir, Abu Syeikh dalam al-Amthal, al-Malini dalam al-‘Arbain al-Sufiyyah, Ibn ‘Asakir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ dan Ibn ‘Abd al-Bar dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1821]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs