Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اتقوا فَرَاسةَ المؤمنِ، فإنه ينظرُ بنورِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Takutlah dengan firasat orang Mukmin. Sesungguhnya orang Mukmin melihat dengan cahaya Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
- Abu Hurairah RA
- Abu Sa'id al-Khudri RA
- Abu Umamah al-Bahili RA
- Thauban RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1799, hadis no. 9067. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Takutlah dengan firasat orang Mukmin. Sesungguhnya orang Mukmin melihat dengan cahaya Allah. Diriwayatkan dari hadis Abu Sa’id al-Khudri, Abu Umamah al-Bahili, Abu Hurairah, Abdullah bin Umar dan Thauban RA. [Riwayat al-Hasan bin Urfah, Abu Nu’aim dalam Hilyah Al-Auliya’, al-Sulami dalam Tobaqat al-Sufiyyah, Ibn al-Jauzi dalam Sifat al-Sofwah, al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, al-Tirmizi, Ibn Jarir, Abu Syeikh dalam al-Amthal, al-Malini dalam al-‘Arbain al-Sufiyyah, Ibn ‘Asakir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ dan Ibn Abdil Bar dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1821]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman