Takutkan Allah SWT merupakan puncak kepada segala hikmah

TEKS BAHASA ARAB

خشية الله رأس كل حكمة، والورع سيد العمل، ومن لم يكن له ورع يحجزه عن معصية الله – عز وجل – إذا خلا بها، لم يعبإ الله بسائرعمله شيئا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Takutkan Allah merupakan puncak kepada segala hikmah, warak adalah penghulu bagi amalan. Sesiapa yang tidak memiliki sifat warak yang mampu menghalangnya daripada bermaksiat kepada Allah Azzawajalla ketika dia bersendirian, makan Allah tidak akan menerima sedikit pun daripada amalannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 27, hadis nombor 82. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم- ((خشية الله رأس كل حكمة، والورع سيد العمل، ومن لم يكن له ورع يحجزه عن معصية الله عز وجل إذا خلا بها، لم يعبإ الله بسائر عمله شيئا)).
[ابن أبي الدنيا في ((الورع))، حل، ابن الجوزي في ((ذم الهوى))، ((الضعيفة)) (1583)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Takutkan Allah merupakan puncak kepada segala hikmah, warak adalah penghulu bagi amalan. Sesiapa yang tidak memiliki sifat warak yang mampu menghalangnya daripada bermaksiat kepada Allah Azzawajalla ketika dia bersendirian, makan Allah tidak akan menerima sedikit pun daripada amalannya.
[Riwayat Ibn Abi Al-Dunya dalam al-Warak, Abu Nu’aym dalam al-Hilyah, Ibn al-Jauzi dalam Zamm al-Hawa. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1583)

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs