Taklukilah Qazwin (wilayah Parsi), maka sesungguhnya ia pintu syurga yang tertinggi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اغزوا قزوين؛ فإنه من أعلى أبواب الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Taklukilah Qazwin (wilayah Parsi), maka sesungguhnya ia pintu syurga yang tertinggi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1821, hadis nombor 9179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن رجل، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اغزوا قزوين؛ فإنه من أعلى أبواب الجنة)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3245)]

(Munkar) Daripada seorang pemuda berkata, Rasulullah SAW bersabda: Taklukilah Qazwin (wilayah Parsi), maka sesungguhnya ia pintu syurga yang tertinggi. [Riwayat al-Rāfiī’ dalam al-Tadwīn fī Akhbār Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3245]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.