Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اغزُوا قَزْوِينَ؛ فإنه من أعلى أبوابِ الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Taklukilah Qazwin (wilayah Parsi), maka sesungguhnya ia pintu syurga yang tertinggi.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1821, hadis no. 9179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن رجل، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اغزوا قزوين؛ فإنه من أعلى أبواب الجنة)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3245)]
(Munkar) Daripada seorang pemuda berkata, Rasulullah SAW bersabda: Taklukilah Qazwin (wilayah Parsi), maka sesungguhnya ia pintu syurga yang tertinggi. [Riwayat al-Rāfiī’ dalam al-Tadwīn fī Akhbār Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3245]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman