Takbir mestilah apokop

TEKS BAHASA ARAB

حديث: التكبير جزم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Takbir mestilah apokop (dimatikan baris akhir dan tidak dipanjangkan).

STATUS

Tidak Ada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 67, hadis nombor 152. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الزرقاني: لا أصل له، أي: في المرفوع، كما قال السخاوي، بل من كلام إبراهيم النخعي.

Al-Zurqani berkata: Tidak ada asalnya, iaitu pada riwayat marfu’ sebagaimana kata al-Sakhawi, bahkan ia bersumberkan ucapan Ibrahim al-Nakha’i.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.