Takbir itu memutuskan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: التَّكْبِيرُ جَزْمٌ


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Takbir itu memutuskan (apa yang halal di luar solat).


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 28, hadis nombor 52. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في المقاصد: لا أصل له في المرفوع وإنما هو من قول النخعي

Al-Sakhawi berkata di dalam kitabnya al-Maqasid: Tidak ada asalnya secara marfu tetapi ia adalah dari pendapat al-Nakhaie.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon