Takbir itu adalah jazam

TEKS BAHASA ARAB

التكبير جزم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Takbir itu adalah jazam (tidak dipanjangkan sebutan).

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 29, hadis nombor 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس معروفا في المرفوع. ولكن روي عن إبراهيم النخعي أنه قال: التكبير جزم، والتسليم جزم، والقراءة جزم، والأذان جزم، وهو بالجيم والزاي. وقيده بعضهم بالحاء المهملة والذال المعجمة أي سريع من الحذم وهو السرعة.

Tidak diketahui ada dalam riwayat yang marfu’. Namun, diriwayatkan daripada Ibrahim al-Nakha’ei bahawa beliau berkata: "Takbir itu jazam, taslim itu jazam, bacaan itu jazam dan azan itu jazam", dan ia dengan huruf Jim dan Zai. Sebahagian mereka menulis dengan huruf Ha’ tidak bertitik dan huruf Dzal bertitik, iaitu laju dari perkataan hadzam (الحذم) iaitu cepat.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs