Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
التكبير جزم.
Teks Bahasa Melayu
Takbir itu adalah jazam (tidak dipanjangkan sebutan).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 29, hadis no. 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Tidak diketahui ada dalam riwayat yang marfu'. Namun, diriwayatkan daripada Ibrahim al-Nakha'ei bahawa beliau berkata: "Takbir itu jazam, taslim itu jazam, bacaan itu jazam dan azan itu jazam", dan ia dengan huruf Jim dan Zai. Sebahagian mereka menulis dengan huruf Ha' tidak bertitik dan huruf Dzal bertitik, iaitu laju dari perkataan hadzam (الحذم) iaitu cepat.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman