TEKS BAHASA ARAB
إذا رأيتم الحريق فكبروا فإنه يطفئه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kamu melihat kebakaran, maka bertakbirlah kerana ia boleh memadamkannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1436, hadis nombor 7299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعا: إذا رأيتم الحريق فكبروا فإنه يطفئه.
[عق، ((الضعيفة)) (2603)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu melihat kebakaran, maka bertakbirlah kerana ia boleh memadamkannya.
[Riwayat al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2603]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.