Takbir adalah ketetapan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

التكبير جزم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Takbir adalah ketetapan.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له في المرفوع وإنما هو من قول النخعي، واختلفوا في معناه فابسط فيه.

Ia tidak ada asalnya secara marfu’. Sebenarnya ia merupakan ucapan al-Nakha’i. Para ulama berselisih berkenaan maknanya.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.