Tahukah kamu apakah berita-beritanya?

TEKS BAHASA ARAB

[يومئذ تحدث أخبارها]؛ أتدرون ما أخبارها؟ فإن أخبارها أن تشهد على كل عبد أو أمة بما عمل على ظهرها أن تقول: عمل كذا وكذا يوم كذا وكذا فهذه أخبارها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

[Hari itu bumi akan menceritakan berita-beritanya]; Tahukah kamu apakah berita-beritanya? Berita-beritanya adalah ia akan bersaksi bagi setiap hamba lelaki atau perempuan terhadap apa yang dia lakukan di atas bumi, ia berkata: Dia melakukan sekian sekian pada hari sekian sekian, itulah berita-beritanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1351, hadis nombor 6900. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابي هريرة رضي الله عنه مرفوعاً: [يومئذ تحدث أخبارها]؛ أتدرون ما أخبارها؟ فإن أخبارها أن تشهد على كل عبد أو أمة بما عمل على ظهرها أن تقول: عمل كذا وكذا يوم كذا وكذا فهذه أخبارها.
[ت، حب، ك، ((الضعيفة)) (4834)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): [Hari itu bumi akan menceritakan berita-beritanya]; Tahukah kamu apakah berita-beritanya? Berita-beritanya adalah ia akan bersaksi bagi setiap hamba lelaki atau perempuan terhadap apa yang dia lakukan di atas bumi, ia berkata: Dia melakukan sekian sekian pada hari sekian sekian, itulah berita-beritanya.
[Riwayat al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4834]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs