Tahukah kamu apa itu al-Shu’luk

TEKS BAHASA ARAB

تدرون ما الصعلوك؟ قال: قلنا: الرجل الذي لا مال له. قال: إن الصعلوك كل الصعلوك الرجل له المال لم يقدم منه شيئا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tahukah kamu apa itu al-Shu’luk (seorang yang fakir). Lalu kami menjawab: Al-Shu’luk adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai harta. Baginda menjawab: Sesungguhnya sebenar-benar al-Shu’luk ialah seorang lelaki yang mempunyai harta, namun dia tidak mendapat sebarang ganjaran daripada hartanya itu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 150 hadis nombor 755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن المغيرة بن عبد الله الجعفي، قال: جلسنا إلى رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم يقال له: خصفة – أو: ابن خصفة -، فجعل ينظر إلى رجل سمين، فقلت له: ما تنظر إليه؛ فقال: ذكرت حديثاً سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ سمعته يقول: هل تدرون ما الشديد؟ قلت: الرجل يصرع الرجل. قال : إن الشديد كل الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب. تدرون ما الرقوب؟! قلنا : الرجل لا يولد له. قال: إن الرقوب الرجل له الولد، لم يقدم منهم شيئاً. قال: تدرون ما الصعلوك؟ قال: قلنا: الرجل الذي لا مال له. قال: إن الصعلوك كل الصعلوك الرجل له المال لم يقدم منه شيئا.
[هق، ((الضعيفة)) (6740)]

(Munkar)
Daripada al-Mughirah bin Abdullah al-Ju’fi beliau berkata: Kami duduk bersama dengan seorang lelaki dari kalangan sahabat Nabi SAW yang disebut: Khasfah atau: Ibn Khasfah-. Kemudian beliau memandang ke arah seorang lelaki yang gemuk. Lalu aku bertanya kepadanya: Mengapakah kamu memandang ke arahnya? Beliau berkata: Aku teringat akan sebuah hadis yang aku dengar daripada Rasulullah S.A.W, yang mana aku mendengar baginda bersabda: Tahukah kamu siapakah orang yang kuat? Aku menjawab: Seorang lelaki yang mengalahkan lelaki yang lain (pertarungan). Baginda berkata: Sesungguhnya sebenar-benar orang yang kuat adalah seseorang yang berjaya mengawal dirinya ketika marah. Tahukah kamu siapakah yang dimaksudkan dengan al-Raqub? Kami menjawab bahawa al-Raqub adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai anak. Baginda mengatakan: Sesungguhnya al-Raqub adalah seorang lelaki yang mempunyai anak, namun dia tidak mendapat sebarang ganjaran daripada mereka. Baginda bertanya lagi: Tahukah kamu apa itu al-Shu’luk (seorang yang fakir). Lalu kami menjawab: Al-Shu’luk adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai harta. Baginda menjawab: Sesungguhnya sebenar-benar al-Shu’luk ialah seorang lelaki yang mempunyai harta, namun dia tidak mendapat sebarang ganjaran daripada hartanya itu.
[Riwayat Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6740]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs