Tahukah kalian mengapa aku mengucapkan amin?

TEKS BAHASA ARAB

تدرون لم أمنت؟ قالوا: الله ورسوله أعلم. قال: جاءني جبريل – عليه السلام – فأخبرني: أنه من ذكرت عنده فلم يصل عليك؛ دخل النار، فأبعده الله وأسحقه! فقلت: آمين. ومن أدرك والديه أو أحدهما فلم يبرهما؛ دخل النار فأبعده الله وأسحقه، فقلت: آمين. ومن أدرك رمضان فلم يغفر له؛ دخل النار، فأبعده الله وأسحقه! فقلت: آمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Tahukah kalian mengapa aku mengucapkan amin?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda: "Jibril AS datang kepadaku lalu memberitahuku bahawa sesiapa yang (apabila) kamu disebutkan di sisinya kemudian dia tidak berselawat ke atasmu, nescaya dia akan masuk neraka. Maka Allah jauhkan dia dan hinakannya". Lalu aku membalas: "Amin". "Juga sesiapa yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka lalu dia tidak berbuat kebajikan kepada mereka, nescaya dia akan masuk neraka. Maka Allah jauhkan dia dan hinakannya". Lalu aku membalas: "Amin". "Juga sesiapa yang mendapati Ramadan tetapi tidak diampunkan dosa untuknya, nescaya dia akan masuk neraka. Maka Allah jauhkan dia dan hinakannya". Lalu aku menjawab: "Amin".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 573, hadis nombor 2960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أن النبي ﷺ ‌ارتقى على المنبر فأمن ثلاث مرات، ثم قال: «تدرون لم أمنت؟» قالوا: الله ورسوله أعلم. قال: «جاءني جبريل – عليه السلام – فأخبرني: أنه من ذكرت عنده فلم يصل عليك؛ دخل النار، فأبعده الله وأسحقه! فقلت: آمين. ومن أدرك والديه أو أحدهما فلم يبرهما؛ دخل النار فأبعده الله وأسحقه، فقلت: آمين. ومن أدرك رمضان فلم يغفر له؛ دخل النار، فأبعده الله وأسحقه! فقلت: آمين». [طب، «الضعيفة» (6644)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi ﷺ naik ke atas mimbar lalu baginda mengucapkan amin sebanyak tiga kali. Kemudian baginda bersabda: "Tahukah kalian mengapa aku mengucapkan amin?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda: "Jibril AS datang kepadaku lalu memberitahuku bahawa sesiapa yang (apabila) kamu disebutkan di sisinya kemudian dia tidak berselawat ke atasmu, nescaya dia akan masuk neraka. Maka Allah jauhkan dia dan hinakannya". Lalu aku membalas: "Amin". "Juga sesiapa yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka lalu dia tidak berbuat kebajikan kepada mereka, nescaya dia akan masuk neraka. Maka Allah jauhkan dia dan hinakannya". Lalu aku membalas: "Amin". "Juga sesiapa yang mendapati Ramadan tetapi tidak diampunkan dosa untuknya, nescaya dia akan masuk neraka. Maka Allah jauhkan dia dan hinakannya". Lalu aku menjawab: "Amin". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6644].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.