Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tahukah engkau mengapa dinamakan (sebagai bulan) Syaaban?

Teks Bahasa Arab

تَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شعبانُ؟ لأنه يُشَعَّبُ فيه خيرٌ كثيرٌ. وإنما سُمِّيَ رمضانُ؛ لأنه يَرْمِضُ الذنوبَ؛ أي: يُدْنِيها من الحَرِّ.

Teks Bahasa Melayu

Tahukah engkau mengapa dinamakan (sebagai bulan) Syaaban? (Hal ini) kerana kebaikan yang banyak disebarkan pada bulan tersebut. Dan sesungguhnya dinamakan (sebagai) Ramadan kerana (bulan ini) membakar dosa; iaitu diselamatkan dari panas terik (api neraka).

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1830, hadis no. 9228. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس –رضي الله عنه- مرفوعا: ((تدرون لم سمي شعبان؟ لأنه يشعب فيه خير كثير. وإنما سمي رمضان؛ لأنه يرمض الذنوب؛ أي: يدنيها من الحر)). [فر، ((الضعيفة)) (3223)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Tahukah engkau mengapa dinamakan (sebagai bulan) Syaaban? (Hal ini) kerana kebaikan yang banyak disebarkan pada bulan tersebut. Dan sesungguhnya dinamakan (sebagai) Ramadan kerana (bulan ini) membakar dosa; iaitu diselamatkan dari panas terik (api neraka). [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3223]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.