Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tahniah untukmu wahai Abdullah!

Teks Bahasa Arab

هنيئًا لكَ يا عبدَ اللهِ! أبوك يطيرُ مع الملائكةِ في السماءِ.

Teks Bahasa Melayu

Tahniah untukmu wahai Abdullah! Ayahmu sedang terbang bersama para malaikat di langit.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Ja‘far RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1965, hadis no. 9825. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن جعفر رضي الله عنه ، قال: قال صلى الله عليه وسلم: هنيئاً لك يا عبد الله! أبوك ‌يطير مع ‌الملائكة في السماء. [طب، ((الضعيفة)) (6639)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Ja‘far RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tahniah untukmu wahai Abdullah! Ayahmu sedang terbang bersama para malaikat di langit. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6639]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.