Tahap iman yang paling tinggi itu ada empat ciri

TEKS BAHASA ARAB

ذروة الإيمان أربع خلال: الصبر للحكم، والرضا بالقدر، والإخلاص للتوكل، والاستسلام للرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tahap iman yang paling tinggi itu ada empat ciri: Sabar kepada ketetapan, reda dengan takdir, ikhlas dalam tawakal, dan berserah kepada Tuhan.

STATUS

Mauquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2016, hadis nombor 10129. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف)
عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- موقوفاً: ذروة الإيمان أربع خلال: الصبر للحكم، والرضا بالقدر، والإخلاص للتوكل، والاستسلام للرب.
[نعيم بن حماد في ((زوائد الزهد))، حل، ((الضعيفة)) (3780)]

(Mauquf – sanadnya sampai pada sahabat sahaja)
Daripada Abū al-Dardā’ RA secara mauqūf (sampai kepada beliau sahaja): Tahap iman yang paling tinggi itu ada empat ciri: Sabar kepada ketetapan, reda dengan takdir, ikhlas dalam tawakal, dan berserah kepada Tuhan.
[Riwayat Nu‘aim bin Ḥammād dalam Zawā‘id al-Zuhd dan Abū Nu‘aim dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3780]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs