Tahanlah diri kalian daripada mentohmah ahli tauhid

TEKS BAHASA ARAB

كفوا عن أهل لا إله إلا الله؛ لا تكفروهم بذنب، فمن أكفر أهل لا إله إلا الله؛ فهو إلى الكفر أقرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tahanlah diri kalian daripada mentohmah ahli tauhid, jangan kalian mengkafirkan mereka kerana dosa yang dilakukan. Kerana sesiapa yang mengkafirkan ahli tauhid, sesungguhnya orang itulah yang lebih dekat dengan kekufuran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 480, hadis nombor 2583. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمر-رضي الله عنهما- مرفوعا: ((كفوا عن أهل لا إله إلا الله؛ لا تكفروهم بذنب، فمن أكفر أهل لا إله إلا الله؛ فهو إلى الكفر أقرب)). [طب، ((الضعيفة)) (4097)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (menisbahkannya kepada Nabi SAW): “Tahanlah diri kalian daripada mentohmah ahli tauhid, jangan kalian mengkafirkan mereka kerana dosa yang dilakukan. Kerana sesiapa yang mengkafirkan ahli tauhid, sesungguhnya orang itulah yang lebih dekat dengan kekufuran.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4097]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs