Seorang lelaki yang melihat saudara Muslimnya dengan penuh kasih

TEKS BAHASA ARAB نظر الرجل إلى أخيه المسلم حباً له وشوقاً إليه؛ خير له من اعتكاف سنة في مسجدي هذا. TEKS BAHASA MALAYSIA Seorang lelaki yang melihat saudara Muslimnya dengan penuh kasih dan kerinduan kepadanya adalah lebih baik daripada beriktikaf selama setahun dalam masjidku ini. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān …

Sesiapa yang terdapat di dalam jantung hatinya perasaan sayang

TEKS BAHASA ARAB من كان في قلبه مودة لأخيه، لم يطلعه عليها؛ فقد خانه. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang terdapat di dalam jantung hatinya perasaan sayang kepada saudaranya, lalu dia tidak menzahirkannya (kasih sayang) tersebut, maka dia telah mengkhianatinya (saudaranya). STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan …

Orang yang terbaik dalam kalangan orang Islam ialah mereka yang sentiasa dilihat berada dalam keadaan mengingati Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB ألا أخبركم بخياركم؟ الذين إذا رؤوا ذكر الله، أفلا أخبركم بشراركم؟ المشاؤون بالنميمة، المفسدون بين الأحبة، الباغون للبرآء العنت. TEKS BAHASA MALAYSIA Hendakkah kamu aku beritahu kepada kamu orang yang terbaik dalam kalangan kamu? Iaitu mereka yang sentiasa dilihat berada dalam keadaan mengingati Allah. Hendakkah kamu aku beritahu kepada kamu akan seburuk-buruk orang dalam kalangan kamu? Iaitu …

Amalan yang paling disukai di sisi Allah SWT adalah saling berkasih sayang kerana-Nya

TEKS BAHASA ARAB أحب الأعمال إلى الله الحب في الله، والبغض في الله. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya amalan yang paling disukai di sisi Allah adalah saling berkasih sayang kerana Allah dan juga membenci kerana-Nya. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul …

Sesungguhnya Allah suka akan sesiapa yang menyukai buah kurma

TEKS BAHASA ARAB إن الله يحب من يحب التمر. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya Allah suka akan sesiapa yang menyukai buah kurma. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 400, hadis nombor 2142. …