Baginda melarang kaum wanita untuk keluar pergi ke masjid bersama-sama jemaah lelaki melainkan wanita tua yang memakai manqal

TEKS BAHASA ARAB نهى النساء عن الخروج إلى المساجد في جماعة الرجال؛ إلا عجوزا في منقلها. والمنقل: الخف. TEKS BAHASA MALAYSIA Baginda melarang kaum wanita untuk keluar pergi ke masjid bersama-sama jemaah lelaki melainkan wanita tua yang memakai manqal. Manqal itu ialah stoking kulit (khuf). STATUS Tiada asal baginya KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan …

Sesungguhnya di dalam masjid terdapat suatu kawasan yang menghadap tiang ini, yang tidak diketahui oleh orang ramai

TEKS BAHASA ARAB إن في المسجد لبقعة قبل هذه الأسطوانة، لو يعلم الناس ما صلوا فيها إلا أن تطير لهم قرعة. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya di dalam masjid terdapat suatu kawasan yang menghadap tiang ini, yang tidak diketahui oleh orang ramai. Sekiranya mereka tahu, nescaya mereka tidak akan (berusaha untuk) menunaikan solat di tempat itu melainkan mereka perlu mencabut undi. …

Perhatikanlah selipar-selipar kamu di pintu-pintu masjid kamu

TEKS BAHASA ARAB تعاهدوا تفقدوا نعالكم عند أبواب المساجد. TEKS BAHASA MALAYSIA Perhatikanlah selipar-selipar kamu di pintu-pintu masjid kamu (jika ada kotoran maka bersihkannya). STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 257, …

Sekiranya 70 orang lelaki dari kalangan kita menuju (ke masjid untuk mengerjakan) solat Jumaat

TEKS BAHASA ARAB إذا راح منا سبعون رجلا إلى الجمعة، كانوا كسبعين موسى الذين وفدوا إلى ربهم؛ أو أفضل. TEKS BAHASA MALAYSIA Sekiranya 70 orang lelaki dari kalangan kita menuju (ke masjid untuk mengerjakan) solat Jumaat, maka mereka adalah bagaikan seperti seperti 70 orang (pengikut yang dipilih oleh) Musa yang berangkat menuju ke arah Tuhan mereka, atau (mereka) lebih afdal …

Sesiapa yang kamu melihatnya sedang bersyair di dalam masjid

TEKS BAHASA ARAB من رأيتموه ينشد شعرا في المسجد، فقولوا: فض الله فاك، (ثلاث مرات)، ومن رأيتموه ينشد ضالة في المسجد، فقولوا: لا وجدتها، (ثلاث مرات)، ومن رأيتموه يبيع أويبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارتك. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang kamu melihatnya sedang bersyair di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya: Semoga Allah merosakkan mulut kamu (mematahkan gigi-giginya) [sebanyak …