Sesungguhnya golongan muazzin dan golongan yang bertalbiah akan dikeluarkan dari perkuburan mereka

TEKS BAHASA ARAB إن المؤذنين والملبين يخرجون من قبورهم؛ يؤذن المؤذن، ويلبي الملبي. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya golongan muazzin dan golongan yang bertalbiah akan dikeluarkan dari perkuburan mereka. Lalu golongan muazzin akan melaungkan azan dan golongan yang bertalbiah akan melaungkan talbiah. STATUS Sangat lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam …

Allah yang menghidupkan dan mematikan

TEKS BAHASA ARAB الله الذي يحيي ويميت وهو حي لا يموت، اغفر لأمي فاطمة بنت أسد ولقنها حجتها ووسع عليها مدخلها، بحق نبيك والأنبياء الذين من قبلي فإنك أرحم الراحمين… TEKS BAHASA MALAYSIA Allah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah yang Maha Hidup lagi tidak mati. Ampunilah ibuku, Fatimah binti Asad, bimbinglah hujjahnya, luaskanlah tempat masuknya dengan kebenaran Nabi-Mu dan para …

Isa AS akan dikebumikan bersama Rasulullah SAW dan dua sahabat Baginda

TEKS BAHASA ARAB يدفن عيسى عليه السلام مع رسول الله صلى الله عليه وسلم وصاحبيه فيكون قبره الرابع. TEKS BAHASA MALAYSIA ’Isa AS akan dikebumikan bersama Rasulullah SAW dan dua sahabat Baginda, maka kubur ‘Isa adalah yang keempat. STATUS Mawquf KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah …

Perumpamaan orang mukmin itu adalah seperti rumah yang hancur pada luaran

TEKS BAHASA ARAB مثل المؤمن كالبيت الخرب في الظاهر، فإذا دخلته وجدته مؤنقا، ومثل الفاجر كمثل القبر المشرف المجصص يعجب من رآه، وجوفه ممتلئ نتنا. TEKS BAHASA MALAYSIA Perumpamaan orang mukmin itu adalah seperti rumah yang hancur pada luaran. Namun apabila kamu memasukinya, kamu akan mendapatinya dalam keadaan yang elok. Manakala perumpamaan orang yang jahat itu adalah seperti kubur yang …

Jika kamu melakukan sesuatu amalan maka lakukanlah dengan bersungguh-sungguh, kerana ia akan memberikan kegembiraan kepada diri orang yang terkena musibah

TEKS BAHASA ARAB إذا عمل أحدكم عملا فليتقنه، فإنه مما يسلي بنفس المصاب. TEKS BAHASA MALAYSIA Jika kamu melakukan sesuatu amalan maka lakukanlah dengan bersungguh-sungguh, kerana ia akan memberikan kegembiraan kepada diri orang yang terkena musibah. STATUS Sangat lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan …