Bersegeralah kalian dengan beramal sebelum (datang) tujuh perkara

TEKS BAHASA ARAB بادروا بالأعمال سبعا، هل تنتظرون إلا مرضا مفسدا، أو هرما مفندا، أو غنى مطغيا، أو فقرا منسيا، أو موتا مجهزا، أو الدجال، فشر منتظر، أو الساعة، والساعة أدهى وأمر. TEKS BAHASA MALAYSIA Bersegeralah kalian dengan beramal sebelum (datang) tujuh perkara; adakah kalian tidak menantikan melainkan penyakit yang membinasakan, atau ketuaan yang melemahkan, atau kekayaan yang menyesatkan, atau …

Baginda SAW selalu memohon perlindungan di hujung solat daripada empat perkara

TEKS BAHASA ARAB كان صلى الله عليه وسلم يتعوذ في دبر الصلاة من الأربع: من عذاب القبر، وعذاب النار، وشر الفتن ما ظهر منها وما بطن، ومن الأعور الكذاب. TEKS BAHASA MALAYSIA Baginda SAW selalu memohon perlindungan di hujung solat daripada empat perkara; daripada azab kubur, azab neraka, keburukan fitnah (bencana) sama ada yang nyata atau tersembunyi dan juga daripada …

Bacaan surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan terpelihara daripada setiap fitnah selam 8 hari

TEKS BAHASA ARAB من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة، فهو معصوم إلى ثمانية أيام من كل فتنة تكون، فإن خرج الدجال، عصم منه. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka dia terpelihara hingga (selama) 8 hari daripada setiap fitnah yang bakal (mungkin) berlaku, jika Dajal keluar, maka dia terpelihara (dilindungi) daripadanya (Dajal). STATUS Sangat lemah …

Doa pelindung daripada perkara buruk

TEKS BAHASA ARAB اللهم إني أعوذ بك من غلبة الدين، وغلبة العدو، ومن بوار الأيم، ومن فتنة المسيح الدجال. TEKS BAHASA MALAYSIA Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu (bebanan) hutang, ditindas oleh musuh, bencana perempuan yang tidak dinikahi (tidak dilamar) dan fitnah al-Masih al-Dajjal. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl …

Kelebihan tiga ayat permulaan surah al-Kahfi

TEKS BAHASA ARAB من قرأ ثلاث آيات من أول الكهف عصم من فتنة الدجال. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang membaca tiga ayat daripada permulaan surah al-Kahfi, dia dipelihara daripada fitnah al-Dajjal. STATUS Shaz KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah …