Rejab ialah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku

TEKS BAHASA ARAB رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي. TEKS BAHASA MALAYSIA Rejab ialah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 95, hadis nombor 168. …