Barang siapa yang memberi makan saudaranya dengan sesuap manisan

TEKS BAHASA ARAB من لقم أخاه لقمة حلواء، ولم يكن ذلك مخافة من شره، ولا رجاء لخيره؛ صرف الله عنه سبعين بلوى في القيامة. TEKS BAHASA MALAYSIA Barang siapa yang memberi makan saudaranya dengan sesuap manisan, dan demikian itu bukan kerana takut akan kejahatannya, serta bukan pula kerana mengharapkan kebaikannya, nescaya Allah akan memalingkan tujuh puluh bala daripadanya pada hari …

Permusuhan itu berlaku

TEKS BAHASA ARAB حديث: العداوة في القرابة، والحسد في الجيران، والمنفعة في الإخوان. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Permusuhan itu berlaku pada ahli keluarga, hasad dengki pula berlaku pada jiran-jiran. Manakala manfaat berlaku pada teman-teman. STATUS Tidak ditemui KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau …

Fitnah akan berterusan sehinggalah keluar al-Mahdi

TEKS BAHASA ARAB ستكون فتنة، لا يهدأ منها جانب، إلا جاش منها جانب، حتى ينادي مناد من السماء: إن أميركم فلان. TEKS BAHASA MALAYSIA Akan timbul fitnah yang mana belum selesai yang satu, terbit pula yang baharu (fitnah-fitnah berterusan timbul), sehinggalah kedengaran suara dari langit menyeru: Sesungguhnya pemimpin kalian adalah si fulan. STATUS KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh …

Duduklah di sisi ibumu, sesungguhnya engkau akan mendapat pahala di sisinya seperti engkau dapatkan jika berjihad

TEKS BAHASA ARAB عند أمك قر؛ فإن لك من الأجر عندها مثل ما لك في الجهاد. TEKS BAHASA MALAYSIA Duduklah di sisi ibumu, sesungguhnya engkau akan mendapat pahala di sisinya seperti engkau dapatkan jika berjihad. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau …

Apabila berlakunya Hari Kiamat, akan terputuslah hubungan kekeluargaan dan akan hilang sebab-sebab

TEKS BAHASA ARAB إذا كان يوم القيامة انقطعت الأرحام، وضلت الأسباب، وذهبت الأخوة إلا الأخوة في الله، وذلك قوله : الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين. [الزخرف / 67]. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila berlakunya Hari Kiamat, akan terputuslah hubungan kekeluargaan dan akan hilang sebab-sebab, serta persaudaraan akan hilang melainkan persaudaraan kerana Allah SWT. Demikianlah firman Allah SWT: Teman-teman akrab …