Baginda bersalaman dengan wanita dan pada tangannya ada kain

TEKS BAHASA ARAB كان يصافح النساء وعلى ‌يده ‌ثوب. TEKS BAHASA MALAYSIA Baginda bersalaman dengan wanita dan pada tangannya ada kain. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 780, hadis nombor 3997. …

Baginda apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca

TEKS BAHASA ARAB كان إذا رأى الهلالَ قال : ربي وربُّكَ اللهُ، آمنتُ بالذي أبداكَ ثم يعيدكَ. TEKS BAHASA MALAYSIA Baginda apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca: Tuhanku adalah Allah, aku beriman kepada Tuhan yang memunculkan kamu kemudian Dia mengembalikan kamu. STATUS Sangat Lemah Sanadnya KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله …

Antara doa Baginda: Ya Allah! Kayakanlah aku dengan ilmu

TEKS BAHASA ARAB كان من دعائه: اللهم اغنني بالعلم، وزيني بالحلم، وكرمني بالتقوى، وجملني بالعافية. TEKS BAHASA MALAYSIA Antara doa Baginda: Ya Allah! Kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah aku dengan kelembutan, muliakanlah aku dengan taqwa dan indahkanlah aku dengan kesejahteraan. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan …

Sesiapa yang menunaikan hajat untuk saudaranya

TEKS BAHASA ARAB من قضى لأخيه حاجة كنت واقفا عند ميزانه، فإن رجح وإلا شفعت له. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya (di dunia) maka aku akan berdiri di tepi timbangannya (di akhirat), sekiranya amalan kebaikannya melebihi (timbangan amal keburukannya tidak mengapa) , jika tidak, maka aku akan memberi syafaat padanya. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini …

Baginda melarang menjual anjing walaupun ia terlatih

TEKS BAHASA ARAB نهى عن ثمن الكلب وإن كان ضاريا. TEKS BAHASA MALAYSIA Baginda melarang menjual anjing walaupun ia terlatih (untuk memburu). STATUS Munkar KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 810, hadis nombor …