Umrah dengan haji adalah seumpama kepala dengan badan, dan seperti zakat dengan puasa

TEKS BAHASA ARAB العمرة من الحج بمنزلة الرأس من الجسد، وبمنزلة الزكاة من الصيام. TEKS BAHASA MALAYSIA (Perkaitan hubungan antara) umrah dan haji adalah seumpama (perkaitan hubungan) kepala dan badan, dan seperti zakat dan puasa. STATUS Sangat lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu …

Puasa adalah separuh dari kesabaran, ke atas semua perkara ada zakat, dan zakat ke atas badan adalah puasa

TEKS BAHASA ARAB الصيام نصف الصبر، وعلى كل شيء زكاة، وزكاة الجسد الصيام. TEKS BAHASA MALAYSIA Puasa adalah separuh dari kesabaran, ke atas semua perkara ada zakat, dan zakat ke atas badan adalah puasa. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul …

Iman merupakan suatu ikatan perjanjian dengan hati

TEKS BAHASA ARAB الإيمان عقد بالقلب وإقرار باللسان وعمل بالأركان. TEKS BAHASA MALAYSIA Iman merupakan suatu ikatan perjanjian dengan hati, pengakuan dengan lidah dan amalan dengan anggota badan. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 11. Berikut adalah komentar beliau …

Kematian itu harta rampasan perang, maksiat itu musibah

TEKS BAHASA ARAB الموت غنيمة، والمعصية مصيبة، والفقر راحة، والغنى عقوبة، والعقل هدية من الله، والجهل ضلالة، والظلم ندامة، والطاعة قرة العين، والبكاء من خشية الله النجاة من النار، والضحك هلاك البدن، والتائب من الذنب كمن لا ذنب له. TEKS BAHASA MALAYSIA Kematian itu harta rampasan perang, maksiat itu musibah, kefakiran itu ketenangan, kekayaan itu balasan (buruk), akal itu hadiah …

Sekiranya salah seorang dalam kalangan kalian bimbang terlupa akan al-Quran

TEKS BAHASA ARAB إذا خشي أحدكم نسيان القرآن؛ فليقل: اللهم! ارحمني بترك المعاصي أبدا ما أبقيتني، وارحمني بترك ما لا يعنيني، وارزقني حسن النظر فيما يرضيك عني، وألزم قلبي حفظ كتابك كما علمتني، ونور به بصري، واشرح به صدري، واجعلني أتلوه على ما يرضيك عني، وأفرج به عن قلبي، وأطلق به لساني، واستعمل به بدني، ونور به قلبي، ولا حول …