Allah mempunyai seekor ayam

TEKS BAHASA ARAB حديث: إن لله ديكا عنقه مطوية تحت العرش ورجلاه في التخوم. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Allah mempunyai seekor ayam yang lehernya terlipat di bawah Arasy dan dua kakinya bertapak di dalam bumi. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau …

Rasullullah SAW memerintahkan orang-orang kaya mengembala kambing

TEKS BAHASA ARAB حديث: أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم الأغنياء باتخاذ الغنم والفقراء باتخاذ الدجاج. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Rasullullah SAW memerintahkan orang-orang kaya untuk mengembala kambing, manakala orang fakir menternak ayam. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī …

Ketika orang-orang kaya memelihara ayam

TEKS BAHASA ARAB عند اتخاذ الأغنياء الدجاج يأذن الله تعالى بهلاك القرى. TEKS BAHASA MALAYSIA Ketika orang-orang kaya memelihara ayam, Allah memberikan izin untuk membinasakan kampung tersebut. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman …

Ayam jantan putih adalah kawanku dan kawan kepada kawanku

TEKS BAHASA ARAB الديك الأبيض صديقي، وصديق صديقي، وعدو عدو الله. TEKS BAHASA MALAYSIA Ayam jantan putih ialah kawanku dan kawan kepada kawanku, juga musuh kepada musuh Allah. STATUS Batil KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di …

Suara seekor ayam jantan adalah solatnya

TEKS BAHASA ARAB صوت الديك صلاته، وضربه بجناحيه ركوعه وسجوده، ثم تلا: (وإن من شيء إلا يسبح بحمده ولكن لا تفقهون تسبيحهم) الآية [44/الإسراء] TEKS BAHASA MALAYSIA Suara seekor ayam jantan adalah solatnya, pukulan kepaknya adalah rukuknya dan sujudnya, kemudian Baginda membaca firman Allah SWT: ‘Dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih …