Perumpamaan umatku adalah seperti hujan, tidak diketahui: Adakah permulaannya yang baik ataupun penghujungnya?

TEKS BAHASA ARAB مثل أمتي مثل المطر، لا يدرى: أوله خير أم آخره؟ TEKS BAHASA MALAYSIA Perumpamaan umatku adalah seperti hujan, tidak diketahui: Adakah permulaannya yang baik ataupun penghujungnya? STATUS [Hasan] KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 98, …

Dajal pasti akan menemui suatu kumpulan seperti kamu atau lebih baik berbanding kamu

TEKS BAHASA ARAB ليدركن الدجال قوما مثلكم أو خيرا منكم (ثلاث مرات) ، ولن يخزي الله أمة أنا أولها، وعيسى ابن مريم آخرها. TEKS BAHASA MALAYSIA Dajal pasti akan menemui suatu kumpulan seperti kamu atau lebih baik berbanding kamu (sebanyak tiga kali), dan Allah tidak akan memalukan suatu umat, iaitu aku yang terawal dan ‘Isa Ibn Maryam yang terakhir. STATUS …

Wahai Allah, berikan keselamatan kepada aku dalam kudrat-Mu

TEKS BAHASA ARAB اللهم عافني في قدرتك وأدخلني في رحمتك واقضِ أجلي في طاعتك واختم لي بخير عملٍ واجعل ثوابه الجنة. TEKS BAHASA MALAYSIA Wahai Allah, berikan keselamatan kepada aku dalam kudrat-Mu, masukkan aku dalam rahmat-Mu, tetapkanlah ajalku dalam ketaatan terhadap-Mu, dan akhiri hidupku dengan sebaik-baik amalan dan jadikanlah ganjarannya adalah syurga. STATUS Sangat Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini …

Dua perkara paling berharga di akhir zaman iaitu harta yang halal dan saudara yang dipercayai

TEKS BAHASA ARAB أقل ما يوجد في آخر الزمان في أمتي درهم من حلال، أو أخ يوثق به. TEKS BAHASA MALAYSIA Perkara paling sedikit yang boleh ditemui di akhir zaman pada umatku adalah dirham (harta) yang halal dan saudara yang boleh dipercayai. STATUS Sangat lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله …

Biarkan saudaraku, wahai ‘Aishah. Dia adalah individu pertama memeluk Islam

TEKS BAHASA ARAB يا عائشة دعي أخي فإنه أول الناس إسلاما وآخر الناس لي عهدا عند الموت وأول الناس لي لقيا يوم القيامة. TEKS BAHASA MALAYSIA Biarkan saudaraku, wahai ‘Aishah. Dia adalah individu pertama memeluk Islam, individu terakhir bersamaku ketika aku wafat kelak, dan individu pertama yang aku akan temui pada hari Kiamat. STATUS Batil KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini …