Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ سَرَقَ وَأَخَافَ السَّبِيلَ؛ فَاقْطَعْ يَدَهُ بِسَرِقَتِهِ، وَرِجْلِهِ بِإِخَافَتِهِ، وَمَنْ قَتَلَ؛ فَاقْتُلْهُ، وَمَنْ قَتَلَ وَأَخَافَ السَّبِيلَ وَاسْتَحَلَّ الفَرْجَ الحَرَامَ؛ فَاصْلُبْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Abd al-Malik bin Marwan telah menulis kepada Anas Bin Malik RA bertanya akannya tentang ayat berikut. Lalu Anas menulis kepadanya memberitahunya bahawa ayat ini telah diturunkan kepada golongan (kabilah) Uraniyyin dari Bajilah. Anas berkata: Mereka telah keluar daripada Islam, membunuh penggembala, merampas unta, menakut-nakutkan orang di jalanan serta melakukan perkara yang haram ke atas faraj mereka (memperkosa). Anas berkata: Maka Rasulullah telah bertanya kepada Jibril AS hukuman bagi orang yang melakukan jenayah Hirabah, lalu Jibril pun berkata: Barang siapa yang mencuri dan menakut-nakutkan di jalanan maka potonglah tangannya disebabkan perbuatan mencurinya itu dan potonglah kakinya disebabkan perbuatan menakut-nakutkannya itu. Barang siapa yang telah membunuh maka bunuhlah dia dan barang siapa yang telah membunuh dan menakut-nakutkan di jalanan serta menghalalkan faraj yang diharamkan baginya (memperkosa) maka saliblah dia.
Sahabat Perawi
- Yazid Bin Abi Hubaib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1513, hadis no. 7700. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن يزيد بن أبي حبيب: أن عبد الملك بن مروان كتب إلى أنس بن مالك يسأله عن هذه الآية، فكتب إليه أنس يخبره أن هذه الآية نزلت في أولئك النفر العرنيين، وهم من بجيلة، قال أنس: فارتدوا عن الإسلام، وقتلوا الراعي، وساقوا الإبل، وأخافوا السبيل، وأصابوا الفرج الحرام. قال أنس: فسأل رسول الله - صلى الله عليه وسلم - جبريل عليه السلام عن القضاء في من حارب؛ فقال: من سرق وأخاف السبيل؛ فاقطع يده بسرقته، ورجله بإخافته، ومن قتل؛ فاقتله، ومن قتل وأخاف السبيل واستحل الفرج الحرام؛ فاصلبه. [ابن جرير، (الضعيفة)) (5108)].
(Munkar) Daripada Yazid Bin Abu Hubaib bahawa: Abd al-Malik bin Marwan telah menulis kepada Anas Bin Malik RA bertanya akannya tentang ayat berikut (Al-Maidah: 33). Lalu Anas menulis kepadanya memberitahunya bahawa ayat ini telah diturunkan kepada golongan (kabilah) Uraniyyin dari Bajilah. Anas berkata: Mereka telah keluar daripada Islam, membunuh penggembala, merampas unta, menakut-nakutkan orang di jalanan serta melakukan perkara yang haram ke atas faraj mereka (memperkosa). Anas berkata: Maka Rasulullah telah bertanya kepada Jibril AS hukuman bagi orang yang melakukan jenayah Hirabah, lalu Jibril pun berkata: Barang siapa yang mencuri dan menakut-nakutkan di jalanan maka potonglah tangannya disebabkan perbuatan mencurinya itu dan potonglah kakinya disebabkan perbuatan menakut-nakutkannya itu. Barang siapa yang telah membunuh maka bunuhlah dia dan barang siapa yang telah membunuh dan menakut-nakutkan di jalanan serta menghalalkan faraj yang diharamkan baginya (memperkosa) maka saliblah dia. [Riwayat Ibnu Jarir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5108].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman