Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إني كنتُ حكَكْتُ ذَكَري.
Teks Bahasa Melayu
Tadi aku telah menggaru kemaluanku.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1220, hadis no. 6214. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة رضي الله عنها: أن النبي صلى الله عليه وسلم أعاد الوضوء في مجلس؛ فسألوه عن ذلك؟ فقال: إني كنت حككت ذكري. [أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (6206)].
(Munkar) Daripada 'Aishah RA bahawa Nabi SAW mengulangi wuduk dalam satu majlis, lalu mereka bertanya baginda tentang perbuatan itu, baginda pun bersabda: Tadi aku telah menggaru kemaluanku. [Riwayat Abu 'Uthman al-Bujairiy dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6206].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman