Taburlah tanah di atas helaian-helaian tulisan kamu

TEKS BAHASA ARAB

تربوا صحفكم أنجح لها، إن التراب مبارك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Taburlah tanah di atas helaian-helaian tulisan kamu ia lebih memberi kejayaan untuknya. Sesungguhnya tanah adalah suatu yang berkat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 189, hadis nombor 969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((تربوا صحفكم أنجح لها، إن التراب مبارك)).
[أبو بكر بن أبي شيبة ((في الأدب))، ه، عد، ابن عساكر، الضياء، ((الضعيفة)) (‌‌1739)]

(Munkar)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Taburlah tanah di atas helaian-helaian tulisan kamu ia lebih memberi kejayaan untuknya. Sesungguhnya tanah adalah suatu yang berkat.
[Riwayat Abu Bakr bin Abi Syaibah dalam al-Adab, Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, Ibn ‘Asakir dan al-Diya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1739]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs